Alya Qistina

Thursday, June 17, 2010

cerita gambar.

saya memang gila camera. terima kasih. haha
gambar masa part 2, diploma programme. baru balik makan kat Ahmad Seafood ngan Shushy n Fiza. kenyang. :)


Adik Alis. Sepupu paling comel. kecik lagi tapi dah sexy. hehe. kitorang dah berpakat nak pakai baju colour hitam ni, nak keluar teman mama kakak n mama adik cari barang dapur. rindu adik. nanti cuti sekolah, balik Kelate okay adik. :)


Sir Yeoh. sir Bel masa part 2. dia panjat panjat whiteboard tu sebab dia ada banyak benda nak tulis. haha. kelakar la sir..


badminton time! pukul 9 pagi kami dah gerak pegi main badminton kat dewan badminton sebelah pangsapuri pesona.
berpeluh peluh, lenguh lenguh. pastu kami ponteng class Miss Wong.


me, Masyi, Iffa, Fik, Syafiq Salleh, Aqiey, Amir Mus. :)


Rafflesia. tak dapat barang kemas Rafflesia yang berjuta juta tu, dengan rafflesia ni pun jadi la. :) masa part 1.



mcd. jam 6:26 pagi. breakfast la konon.

Alya Qistina, Ameerul Ashraf.

makan makan makan.

besar beg pada hang. haha. tu beg rab. kemas kemas barang. bergambar depan rumah sewa kat Penang, sebelum bertolak ke Bukit Hijau. mandi air terjun dengan riang ria. muka tak mandi, harap maklum. haha. belakang tu, Ain Fasha, driver berhemah.



Malam Pra Graduasi. makan makan makan. dinner tapi memang aku makan dengan langsung tak beretika. sebab, lapar sangat sangat okay? haha, makan lambat sikit malam tu. sebab bertanggungjawab menjadi salah sorang pengacara majlis. terharu. thanks sudi menjemput. :)

happy 19th birthday! haha. surprise birthday cake by my sweety, yana n my lovely housemates. terharu sangat sangat. masa ni, dorang ni punya la plan sampai pakai bahasa bahasa isyarat lah, nak kunci aku dalam bilik lah, macam macam. thanks korang. aku sayang korang gila gila punya. haha.

zuzuw, ain fasha, ain jaja, rab, dilah, hani, hajar, yana. :)

part 4, diploma programme. bersama sama para lecturers. Encik Ezani, Madam Maryam, Miss Roza Dianita, i miss you all. masa ni, baru lepas majlis restu ilmu sophys. * society of pharmacy student. sangat sangat rindukan penang.


makan time. sebelah aku, itu shushy. pic ni di snap oleh zafirah. masa ni, kami baru balik bergembira di Bukit Merah. seronok gile. balik dari sana, makan, of course. ni kat BM Tomyam, Perda. :)



part 2. subject anatomy and physiology. bertempat di lab anatomy, kami kena bedah tikus. mice dissection, yucks! satu satunya ciptaan Allah yang paling takut, tikus. geli okay? lama lama dah okay sket. da boleh snap snap pics. lepas lab ni, aku tak boleh makan, geli n teringat. sehari tak dapat makan. huh!


p/s: mata saya agak lebam dalam pic ni, sebab terkena charlie, seekor serangga kecik yang dengki. huh, lagi.

okay, ni masa form 5. dinner. muka masing masing da sangat penat lepas dinner yang best gile. from left: Bunny, Qist (me), Merc Arch, Amni, Fifiey, Kemma, Ibtisam, Nynaa. :)



ni masa wedding Abg Lolen n Kak Mira. last year, maybe. (saya pelupa, harap maklum). sweet okay dorang. hehe. we were all in yellow. the bride n groom, they were in white. sangat sweet. wedding yang sangat meriah. sekarang, Abg Lolen n Kak Mira da jadi a sweet mummy n daddy for Dani Danish b Kamarul Nazri. congrates. =)

Sunday, June 13, 2010

aku cinta padamu by Siti Nurhaliza :)

okay, dah update blog. puas hati encik ameerul ashraf? :)

Thursday, June 10, 2010

selamat pagi semua.


breakfast at work!

nasi goreng cina, milo 3 in 1, princess and the frog.

thanks mama. i love you.


selamat pagi dunia.
have a blessed day.
senyum sokmo :)

Wednesday, June 9, 2010

qistina makan makan semut.

i have these habits; lupa nak tutup paip air dalam toilet sampai pagi baru sedar, tak tutup pintu peti ais rapat rapat sampai pagi terbukak, lupa nak tutup pintu pagar rumah, lupa nak tutup lampu bilik air, lupa nak kunci kereta.

okay, seriously, aku tak tahu kenapa. orang yang paling marah, mesti lah mama. lepas tu, tiap tiap kali aku bukak peti ais, mama mesti pesan, tutup peti ais rapat rapat, qistina!

aku rasa sekarang dah okay kot, compared dengan dulu, humm, spec sendiri pon aku lupa mana aku letak. kadang kadang satu rumah yang tolong carikan spec aku tu. kat penang dulu pun sama, satu rumah sewa kecoh cari spec aku. haish. fail sijil sijil aku pun, sampai sekarang aku lupa mana aku letak. dah 5 bulan mencari, tak jumpa jumpa.

matrix card, humm, yang ni dah tak payah cakap, banyak kali hilang. pernah sekali, lagi 30 mins nak start final exam, tiba tiba tak jumpa cari matrix card. pegi exam berbekalkan ic yang berwajah darjah enam tu. rupanya, matrix card ada dalam bakul baju kotor. memang geram. tapi nak marah kat sape? diri sendiri yang salah. haish.

okay, pelupa dan clumsy. teruk kan perangai qistina? :( dah banyak kali aku try avoid. tapi memang susah.

bak kata mama, esok esok barang barang anak kakak, tak kan nak suruh mama cari jugak?

macam ni susah lahhh, macam mana nak jadi dispenser nih?

Tuesday, June 8, 2010

mama, saya dan mikhail. (oh, indahnya) HAHA

" kakak, ada game crystal path tak dalam laptop kakak ni?"

"mesti la ada. i ada semua game tau" (nada gedik yang bergurau)

"nak main"

"bukak lah"

"password?"

qistina menaip-naip password lappy nya.

"apa password kakak tu?"

"nama anak anak kakak"

"sape?"

"iman n mikhail, sedap tak?" (ketawa malu malu)

"alah awak tu, beranak ke tak nanti tak tahu"
(mama ni, satu je, kalau dia tak comment apa apa, means, dia setuju) hehe

"huh? humm, apa pulak, orang tak mandul la" (blank dan tak faham)

"haha, tapi tak pe, nanti anak anak kakak, bagi mama jaga okay? mama tak nak pape, nak jaga mikhail je"

"....." (masih tak faham)

*kalau ramai macam ni, semput tok mama nak jaga. haha


mikhail, iman dan aisha. nanti tok mama jaga, jangan nakal nakal okay? HAHA

Wednesday, June 2, 2010

selamat dua bulan :)

alya qistina, ameerul ashraf
thanks for everything.
58 bulan masih ada. :)

Tuesday, June 1, 2010

bloody monday :)

hari ini hari isnin. semua orang malas malas. saya yang malas macam biasa, tetap malas.
cuti sem, doing nothing at home. rasa bosan sangat. rasa macam rindu hari hari yang busy kat penang.

hari isnin dua minggu lepas, cuti sem baru start. rehat puas puas kat rumah. akademi fantasia sampai lebam.

hari isnin enam minggu lepas, first time makan tengah hari dengan ameerul ashraf kat food court Uitm. meerul pakai baju kemeja colour biru, saya pakai baju kurung colour hijau. dia makan nasi lemak, saya makan nasi ayam. tapi sama sama tak habis.

hari isnin bulan lepas, struggling for final exams. study sama sama ngan housemates. pegi lunch kat rumah kuning sama sama. family feud sama sama. ber ' My Name is Khan' sama sama. pukul 630 petang, lepak rumah makcik tengok adamaya.

hari isnin dua bulan lepas, jalan kaki pegi kampus, pergi class QMT 119 pukul 10 pagi. macam biasa, pegi class lambat. tak penah berubah. lepas class, macam biasa, pegi jucso lunch kat sana. balik kampus balik, class social pharmacy Miss Wong. makan mcd dalam class, ponteng class pegi tido kat surau.

hari isnin tiga bulan lepas, presentation social pharmacy. kelakar. berlakon ngan masyi, haziq, amir, shafiq, nas. bun as our director. fd4b2 best sangat. fd4b1 diabetes mellitus. group c with cancer topic. you care, we care, cancer care!




hari isnin empat bulan lepas, bangun pagi pagi pergi buat check up kat Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang. orang ramai tunggu turn nak jumpa doctor. kanak kanak berlari lari ke sana ke mari tak ingat. ada budak nama Iman teman nenek dia jumpa doctor. pastu, masa check, ingat lagi Dr Tengku cakap apa. semua orang emo dengan doc tu.

hari isnin lima bulan lepas, pergi daftar sem 4 sama sama. irfan tak lepas sebab rambut dia panjang sangat. so kitorang potong sendiri rambut dia kat blok perdana. jalan kaki masa tu pakai heels colour purple. :) lepas daftar, pegi tengok wayang pastu karoke. malam baru balik.


haha. ni nama dia maya. baby turtle, hajar punya.



sama macam hari hari isnin yang lain, hari ni pon, mulakan hari dengan senyuman. :)
rindu rumah sewa. rindu kawan kawan. rindu meja study. rindu mak cik sebelah rumah.


oh meja study!



sweet twenty darling!

Fifiey Hamid

The stars wishes you, the brightness of moon wishes you, the sunshine wishes you, the waves wishes you, the flowers wishes you, the morning wishes you, wish wishes you last but not the least a heartless wishes you happy birthday!

happy birthday my sweetheart.
just remember, i love you.