Alya Qistina

Tuesday, June 1, 2010

bloody monday :)

hari ini hari isnin. semua orang malas malas. saya yang malas macam biasa, tetap malas.
cuti sem, doing nothing at home. rasa bosan sangat. rasa macam rindu hari hari yang busy kat penang.

hari isnin dua minggu lepas, cuti sem baru start. rehat puas puas kat rumah. akademi fantasia sampai lebam.

hari isnin enam minggu lepas, first time makan tengah hari dengan ameerul ashraf kat food court Uitm. meerul pakai baju kemeja colour biru, saya pakai baju kurung colour hijau. dia makan nasi lemak, saya makan nasi ayam. tapi sama sama tak habis.

hari isnin bulan lepas, struggling for final exams. study sama sama ngan housemates. pegi lunch kat rumah kuning sama sama. family feud sama sama. ber ' My Name is Khan' sama sama. pukul 630 petang, lepak rumah makcik tengok adamaya.

hari isnin dua bulan lepas, jalan kaki pegi kampus, pergi class QMT 119 pukul 10 pagi. macam biasa, pegi class lambat. tak penah berubah. lepas class, macam biasa, pegi jucso lunch kat sana. balik kampus balik, class social pharmacy Miss Wong. makan mcd dalam class, ponteng class pegi tido kat surau.

hari isnin tiga bulan lepas, presentation social pharmacy. kelakar. berlakon ngan masyi, haziq, amir, shafiq, nas. bun as our director. fd4b2 best sangat. fd4b1 diabetes mellitus. group c with cancer topic. you care, we care, cancer care!




hari isnin empat bulan lepas, bangun pagi pagi pergi buat check up kat Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang. orang ramai tunggu turn nak jumpa doctor. kanak kanak berlari lari ke sana ke mari tak ingat. ada budak nama Iman teman nenek dia jumpa doctor. pastu, masa check, ingat lagi Dr Tengku cakap apa. semua orang emo dengan doc tu.

hari isnin lima bulan lepas, pergi daftar sem 4 sama sama. irfan tak lepas sebab rambut dia panjang sangat. so kitorang potong sendiri rambut dia kat blok perdana. jalan kaki masa tu pakai heels colour purple. :) lepas daftar, pegi tengok wayang pastu karoke. malam baru balik.


haha. ni nama dia maya. baby turtle, hajar punya.



sama macam hari hari isnin yang lain, hari ni pon, mulakan hari dengan senyuman. :)
rindu rumah sewa. rindu kawan kawan. rindu meja study. rindu mak cik sebelah rumah.


oh meja study!



No comments:

Post a Comment