Alya Qistina

Sunday, March 28, 2010

tak semua orang suka kita

Ye.tak sume orang senang ngan kita.kita tak tahu,maybe ada yang menyampah tengok kita.maybe depan kita baek je *hipokrit! Aku lak,ye,ada yang tak selesa ngan aku.kita ni ye2 je buat baik kat dia tapi lepas dapat tau dia buat kita macam ni,mesti la tak de mood nak bermanis2 muka ngn dia lagi da kan.aku pun tak tahu pe salah aku.nak kata aku rapat ngan dia tak pun.sepanjang kenal pun borak sekali dua je.kalau jumpa senyum2 lak.tapi rupanya.macam2.sabar je la qistina yee.dugaan la tu.yang penting.i’m just being myself.suka?thank you.tak suka?tak kisah.

Tak larat nak jaga hati semua orang.tapi sekurang2 nya aku rasa aku da ada effort untuk semua tu.sebab kita bukan hidup sorang2 atas dunia ni.well,we need each other.macam aku,aku sangat2 perlukan my mama,papa,abg hafre,adik faris,adik ayu,shushy,housemates yang aku sangat sayang,classmates aku dulu sampai sekarang,scippians,kawan2 aku selama aku hidup ni dan orang2 sekeliling aku.*termasuk makcik sebelah rumah sewa aku ni.that’s why aku rasa perlu cuba buat baik ngan semua orang.tapi ada jugak spesis manusia yang memang tak suka hidup ngan masyarakat.em,susah jugak kn..hello,kita hidup bermasyarakat .jadi,perlu saling hormat-menghormati,ok? ;)

Saturday, March 27, 2010

hari minggu yang indah

Hey,morning sunshine.azam hari ni?em,nak berehat sepuas hati.huhu.luangkan masa untuk diri sendiri pulak.lagu tema hari ni,parachute *cheryl cole* ;) bangun je pagi tadi,tiba2 batuk pulak.flu ngan sakit perut ni pun tak habis lagi.minggu penuh kesakitan,last week,bangun pagi,rasa sakit tekak sangat2 *tonsil infection* grr! But I refused pergi ambik ubat sebab dia akan bagi thymol gargle yang tak sedap.jadi,saya biar macam tu je.ulcer mulut lagi,kat pipi ni.seksa betul.langkah penjagaan,apply oral aid yang akan buat pipi saya kebas2,jadi makan pape pun tasteless je. *Berlakon pon tak rasa palsu* and minum air banyak2.conclusion nya,minggu yang seksa.

Lately,tak tahu kenapa yee,tiba2 cepat sensitive pulak.last week,pegi wedding my lovely cousin,lisa.saya tengok dia tiba2 saya rasa sebak semacam.alasan:tak tahu.baca paper pasal orang buang baby,sebak jugak.wish birthday ain jaja pun rasa macam nak nangis je.bila teringat papa ngan mama,rasa nak nangis.bila kerja banyak,rasa nak nangis gak.haish,sensitive betul hormone hujung2 bulan ni.well,itu biasa.tapi saya tak selesa.

selamat hari memperingati bekas kekasih

Yeay!saya da delete account friendster saya.teringat dulu2 zaman kanak2 *kanak2 la sangat yee*,create friendster saje suka2,bosan2.sekarang friendster tu lak yang membosankan.saya langsung tak sayang nak delete account friendster saya sebab zaman penipuan saya da lama berakhir.opss!em,jujur,saya pernah guna friendster sebab nak buat seseorang ini jeles tengok saya dengan boy baru.ish. *berdosa* em,tu bukan main reason pon.saya da bosan ngan friendster.plus,saya and kawan2 saya/family/orang2 lain/orang yang lain/orang lain2 *blur* lebih banyak contact kat facebook.so,bye2 friendster.

Well then,selamat hari memperingati bekas kekasih.LOL!erk,yang ni x sama yee macam valentine's day tu.dua malam lepas,saya termimpi pasal my first ex-boyfriend.lupa mimpi apa.jadi sebagai mengenang memori bersama,keesokkan harinya,saya pegi class pakai baju yang dia bagi,pakai beg yang dia bagi and pakai lotion yang dia sukee.. ;) motif?saja suka2.saya ngan dia pun kawan je sekarang.dia dengan life dia,saya dengan life saya.

Tuesday, March 23, 2010

rindunyaa.. ;)

my steps of high heels,

saya amat sangat rindu kamu.
tp minggu ni bz sket,
lepas abes test,
saya akan luangkan masa ngan kamu.huhu.

*LOVE*

Saturday, March 13, 2010

weekend yang tak weekend

Weekend.last 2 weeks,got bengkel statistic.

Weekend lagi,last week,trip etr300.

Weekend ni,family day sophys aka pharmacy student society.then,hospital trip.

So,di mana weekend saya?

Lately,banyak kerja and kena bangun awal sangat.and lately jugak,saya macam insomnia pulak.susah sangat nak tido.kadang2 masuk tido pukul 1,kul 2 or 3 baru lelap.bangun pukul 7.especially these past 2 weeks.bayangkan,dengan tak cukup tido,plus banyak kerja,assignment,quiz and test.including Unit Kesihatan attachment yang best tapi terpaksa bangun awal sangat.class pulak sampai petang.malam siapkan project etr and macam2 kerja lain. (facebookking jugak).weekend lak bangun pagi ada program.and another new week started.cuba fikir,bila bole rest?

Lately jugak,busy sangat,sampai saya dah 2 minggu tak basuh baju sebab tak sempat.tutorial jangan cakap,dah sebulan tak buat.lecture note memang tak sentuh (selama ni pun nak test baru cari lec note),rasa macam tak terurus sangat.yet still,curi masa nak keluar dengan kawan2.go shopping dengan housemates.and ber bbq dengan classmates.ber boys over flower and ber pisau cukur untuk ntah kali ke berapa.

Pergi clinic and check.alhamdulillah,dr cakap tak ada pape tapi selalu kena pergi check.

Well,saya just nak masa untuk rest.tu je..or maybe saya tak pandai manage time?

Saturday, March 6, 2010

cakap pasal hati..

cakap pasal hati,hati ni dah penat dengan macam2.penat bercinta.penat nak tahan macam2.tak larat nak terlalu give tapi didn't take at all.penat taw tak.penat dengan macam2 yang datang.kadang2,orang sangat susah nak appreciate kita.bila dah tak de,baru terkedek2.penat.


cakap pasal hati,hati ni dah malas nak bercinta lagi.bukan serik.sorry.huhu.tapi sangat malas.seronok jugak stay single.bebas.masa bercinta dulu pun,bebas jugak.just,situation dia lain sikit.tak perlu fikir pasal makan minum orang lain lagi.tak perlu susah hati kalau boyfriend tak reply messsage.tak perlu gaduh2 lagi.hehe.

cakap pasal hati,hati ni da tawar nak cintan2 lagi.lelaki semua sama.tak2.tak semua sama.tapi kebanyakkannya,ala,lebih kurang je.kalau nak cari yang loyal susah gila.tipu awek nombor satu.nombor dua lak,curang.eish,geram!huhu.

cakap pasal hati,hati ni sangat rindukan cinta pertama.first time disayangi.first time ada orang sangat care pasal kita.memang best.sangat bahagia.tapi sayang,jodoh tak panjang.and i am sure,semua ni ada hikmah. ;)

cakap pasal hati,hati ni sangat tenang dengan situasi sekarang.tapi agak tak tenang yee bila bertimbun2 assignment and project kena buat.paling tak tenang bila ada lab practical.huhu.penat nak buat report.tapi tu la.huhu.

Tuesday, March 2, 2010

charlie oh charlie

tak tahu apa dosa aku dekat charlie si binatang gedik yang paling dibenci budak2 uitm tu,tiba2 je masa bangun pagi tadi,mata bengkak2,gatal2 satu muka.tapi terpaksa la pergi class dengan muka ngan mata bengkak yang buruk.ramai tanya aku pergi ngintai sape.huhu.tapi takpe.saya sabar yee.



presentation.credit to bun!u did a very good job,bun!seronok berlakon masa presentation tadi.hehe.enjoyy!thanks kawan2 fd4b2.sayang gila kat korang.ngehehe.and again,manjakan diri,manicure pedicure.and of course,kena pakai ubat charlie.



yang tak best,dapat result test qmt119.awak sangat careless yee qistina.huhu.who cares!minggu ni sangat2 busy and bosan (ada test etr).tak suka,seriously.tapi nak buat macam mana.



emm.hari ni aku tak tahu kenapa yee,aku nampak shuk handsome lak.seriously.hehe.dengan rambut dia yang jatuh ala2 ac mizal zaman 4u2c.pastu lesung pipit aka telaga buruk shuk yang tiba2 aku baru perasan lepas dekat 2 tahun kawan ngan shuk.hoho.baju kemeja shuk kaler biru gelap jalur2 yang menaikkan seri shuk.auww!haha.em,kalau aku first time tengok kau tadi shuk,sure aku admirer kau.tapi sayang yee,kita dah macam adik beradik and of course aku tak larat nak layan laser kau hari2.hehe.



aduhh.tension tak terkiraaa...

stress.first time aku rasa stress sangat study pharmacy.penat taw tak.kena buat tu.hafal tu.macam2.aiyoo.sangat penat.sangattt!