Alya Qistina

Monday, November 15, 2010

Love till death

From left, Ain Mahadi, Irfan, Shuk, Fik, Adilah and Zue. Yang tengah-tengah yang kecik comel lote tak lain tak bukan Nur Fazura Sharifuddin.

Haa, ni la rumah sewa, siap ada lampu kelip-kelip. I like.

Dari kiri, Nur Fazura Sharifuddin, Ain Jaja, Yana, Adilah, Ain Mahadi, Hajar, Zue and Hani. Nak pergi exam Hospital Pharmacy, last paper for semester 4. Tengok masing-masing pegang notes masing-masing tapi Nur Fazura Sharifuddin tu siap pegang semua lecture notes sepanjang sem menandakan study last minute dan jalan-jalan menuju ke universiti adalah jalan untuk revise balik. Teruk betul.

and Rab, second from left. Gambar baju nak sama je sebab this photo was taken right after balik exam hospital tu. Malang sekali Nur Fazura dah takde sebab sneak out dating dengan Ameerul cepat-cepat nak tengok sunset tak nak kemas rumah.

Okay tamat sesi berkenalan.

Mereka sahabat-sahabat-rakan-taulan-musuh-ketat-adik-beradik masa buat diploma dulu. Sekarang pun buat diploma lagi, tahu lah. Tapi sekarang masing-masing buat practical, Rab dengan Ain Jaja je buat fast track so terus Sarjana Muda Farmasi.

Masa diploma paling indah. Sebab kami berada di fasa separa matang. Macam di sekolah, anda masih di fasa not-so-matang tapi degree time adalah masa untuk menjadi matang. Haa, nampak tak? Tak nampak? Takpelah.

Balik rumah, muka dorang, pergi makan muka dorang, mandi muka dorang, pergi kelas muka dorang. Nasib baik tak muntah. Heee.

Sebab tu kami create games, macam;

1) Jangan Lupa Lirik ( yeah yeah ). Haa, bila Miss Wong keluar class lepas habis kelas Social Pharmacy cepat-cepat keluarkan kertas tulis kelompok-kelompok lagu-lagu. Aku bengang okay bila aku jadi peserta lepas tu mereka-mereka ni bagi kelompok lagu yang entah pape. Macam; kelompok Pisang atau Cuaca. Okay confused nak pilih kelompok mana satu untuk tahap RM 25 ribu ni. Dengan yakin, saya pilih kelompok Pisang *separuh menjerit. Tahu apa yang keluar? Memori Daun Pisang, Amelina dan Iwan atau Pisang Panas, Salih Yaakob. Benci tak? Maka lagu pun berkumandang melalui handphone para hos. Yang aku pelik sejak bila mereka layan lagu macam ni. Tup tup dah ada dalam handphone.

Cuba pilih kelompok Cuaca pula sebab tak dapat jawab kelompok Pisang. Tahu apa yang keluar? Aku Skandal, Hujan atau Menadah Gerimis, Ziana Zain. Gelak-gelak kejap sebelum main. Entah siapa punya idea pun aku tak tahu. Ada juga kelompok Mama Hot, Suam suam kuku dan macam macam lagi. Gila.

Yet, masih meneruskan perjuangan walaupun kelas Hospital Pharmacy Miss Law dah mula.

2) Kelab Pop. Pernah tengok? Oh ini best sebab aku team dengan Zu. Dia pandai. Kami punya slogan CHIA * sambil hayun-hayun tangan. Ain Mahadi team dengan Adilah. Adilah tak pernah layan lagu Melayu kecuali lagu Tercipta Untukku, Ungu. So markah bonus untuk universal listener macam aku dan Zu.

Game ni, Hajar akan jadi hos ala-ala Reza. Hani akan jadi Gingergirl yang akan humming balik lagu lagu yang dia dengar via earphone. Kami kena teka. Ema pulak akan jadi tukang kira-kira markah sebab dia second highest mathematics dalam class lepas Ain Jaja. Yang lain jadi tukang tepuk tangan. So-tak-matured mann!

3) Aku tak tahu contest apa macam ni. Tapi habit masyarakat Kampung Pertama yakni rumah sewa aku ni suka sangat tangkap gambar orang lain tengah tidur. Lepas tu dalam class Sir Ezani, weh weh bukak bluetooth weh. Sekali send gambar aku tengah tidur, entah apa aksi murai masa tu, ternganga ke, bukan kah itu satu pengaiban? Haha dan macam tu lah game nya. Siapa tak nak kantoi, belanja mee sup makcik belakang rumah.

4) Family Feud. Okay ini hiburan seisi keluarga. Oh sangat mengimbau. Aku tak tahu macam mana nak explain tapi dorang cakap game ni macam Family ria ntv7. Family Ria? * flashback. Aku tak tahu.

5) Tahu atau tidak, setiap weekend/month kami akan menonton wayang. Not-so-wayang. More to home movie. Download cerita baru best-best tengok sama-sama lampu semua tutp. popcorn kena ada. Aksi bebas macam biasa. benda ni macam dah jadi rutin.
Ada banyak lagi games/activities berfaedah mahupun tak. Above of all these, I MISS YOU ALL. Please stay in my heart and mind, can you? :)

3 comments:

  1. zaman diploma memg terbaekk. hee :) rindu geng ktorg jugekk. hehee and korg sume memg sgt havoc!~

    ReplyDelete
  2. Epol. Jom ah main sama. Haha.

    Faridah, I miss you guys too. esp awak dengan Dalila cinet. haha.

    ReplyDelete